Apa itu ACL?
Lutut merupakan sendi penghubung di antara tulang paha (femur) dan tulang betis (tibia). Ligamen adalah struktur pada lutut yang memegang tulang femur dan tibia dan menolong mengawal pergerakan sendi.
Terdapat dua ligamen yang berada di tengah lutut iaitu anterior cruciate ligament (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL).
ACL adalah salah satu ligamen terpenting pada lutut. Ia berfungsi untuk mengawal sejauh mana tulang tibia bergerak ke hadapan, relatif kepada tulang femur.
Jadi, ACL adalah penting bagi mengelak pergerakan yang terlalu ke hadapan yang boleh menyebabkan kecederaan pada struktur lain dalam lutut.
Lazimnya, kecederaan ACL berpunca dari pergerakan memusingkan badan secara tiba-tiba dan perlanggaran fizikal.
Ia selalunya berlaku pada sukan-sukan seperti bola sepak, futsal, badminton, sepak takraw, ragbi, bola keranjang dan bola jaring.
Selain aktiviti bersukan, kecederaan di tempat kerja dan kemalangan jalan raya juga boleh mengakibatkan kecederaan ACL.Siapakah yang memerlukan pembedahan ACL?
Biasanya, keputusan untuk menggantikan ACL dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor berikut:
* Umur dan tahap aktiviti fizikalnya
* Kecederaan lain pada lutut yang sama dan bersangkutan dengan ACL seperti meniskus terkoyak atau rawan yang tercedera.
* Tindak balas pemulihan pesakit
* Tahap ketidakstabilan dan simptom yang dialami pesakit seperti kesakitan, lutut kerap membengkak.
Oleh itu, keputusan perlu dibuat bersama oleh pesakit dan pakar ortopedik secara individu berdasarkan kepada keperluan pesakit dan cara hidup beliau.Apa itu rekonstruksi ACL?
ACL yang koyak tidak boleh sembuh dengan sendiri atau dijahit semula. Ia perlu digantikan dengan tisu lain pesakit yang boleh mengambil alih fungsi ACL yang asal.
Tujuan pembedahan di atas adalah supaya tisu yang menggantikan ACL tumbuh pada kedudukan yang sama dengan ACL yang lama dan dengan itu dapat berfungsi sebagaimana biasa.
Matlamat selepas pembedahan, pesakit akan mendapat lutut yang kuat dan stabil serta berupaya membengkokkan lutut secara penuh.
Kebanyakan atlet profesional telah menjalani pembedahan tersebut dan berjaya kembali aktif meneruskan aktiviti sukan masing-masing seperti biasa.
Terdapat beberapa rekonstruksi ACL menggunakan pelbagai jenis tisu (graf) untuk menggantikan ACL.* Bone-patella tendon- bone (BTB)Tisu yang menggunakan tulang tempurung lutut dan lekatan tendon adalah graf yang paling lazim digunakan. Ia digunakan dalam rekonstruksi ACL single bundle dan memberikan keputusan yang baik dalam majoriti pesakit.
Pesakit boleh kembali bersukan sepenuhnya selepas lima hingga enam bulan jika pesakit telah tamat menjalani program rehabilitasi/pemulihan.* Tendon hamstring
Ini merupakan satu lagi jenis graf yang biasa digunakan dalam rekonstruksi ACL. Tendon hamstring terletak pada sebelah dalam lutut medial/tengah dan digunakan dalam rekonstruksi ACL single atau double bundle.
Kaedah menggunakan graf ini juga kerap digunakan oleh pakar bedah ortopedik.Rehabilitasi perioperatif rekonstruksi ACL
Pesakit perlu memahami bahawa dalam pemulihan kecederaan lutut, pesakit memerlukan bukan sahaja pembedahan yang berjaya malah program rehabilitasi juga adalah penting dalam memberikan keputusan yang baik.
Dalam program rehabilitasi, interaksi pesakit, doktor dan ahli fisioterapi adalah penting untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
Program rehabilitasi yang dijelaskan di bawah adalah yang dilakukan bagi kecederaan ACL, melibatkan empat fasa.
Program rehabilitasi mungkin berbeza di hospital-hospital lain dan turut bergantung kepada teknik pembedahan yang digunakan oleh doktor merawat.
Kerjasama pesakit dalam menjalani rawatan intensif fisioterapi semasa rehabilitasi adalah penting dan ini akan mempengaruhi pemulihan pesakit.
Sebelum pembedahan rekonstruksi ACL, selalunya doktor pakar yang merawat akan mengenal pasti tahap kerjasama yang ditunjukkan oleh pesakit dalam menjalani rehabilitasi awal.
Pesakit yang menunjukkan komitmen yang tinggi semasa program rehabilitasi akan dipilih untuk menjalani pembedahan.
Ini adalah kerana kejayaan pembedahan ini untuk memulihkan kembali lutut yang tercedera bukan hanya bergantung kepada teknik pembedahan malah turut bergantung kepada komitmen pesakit semasa menjalani rehabilitasi selepas pembedahan.Empat fasa rehabilitasi rekonstruksi ACL
Kaedah pembedahan rekonstruksi ACL, BTB teknik single bundle atau hamstring teknik double bundle digunakan untuk merawat pesakit.
Program yang dijelaskan di bawah adalah untuk pesakit yang menjalani kaedah pembedahan seperti di atas.
* Sebelum pembedahan
Program rehabilitasi bertujuan untuk mengurangkan bengkak, mendapatkan pergerakan penuh sendi lutut dan menguatkan otot yang berada di sekitar sendi lutut terutama otot paha (kuadriseps).
Bagi pesakit yang mengalami kecederaan ACL kali pertama, pembedahan rekonstruksi ACL hanya akan dilakukan selepas enam minggu untuk mengelakkan lutut daripada mengalami artrofibrosis (lutut mengeras dan tidak dapat membengkok) jika dilakukan terlalu awal.
* Minggu pertama selepas pembedahan
Program bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak lutut selepas pembedahan disebabkan oleh pendarahan. Pesakit akan dilatih untuk meluruskan lutut dengan senaman yang sesuai.
Senaman seperti mengangkat kaki secara lurus dan kuadriseps statik adalah penting dimulakan awal supaya lutut tidak akan mengeras dalam keadaan bengkok.
Senaman tersebut juga membantu merangsangkan kuadriseps untuk menjadi kuat dan mengembalikan saiz dan kekuatan asal otot tersebut.
Dalam fasa ini juga pesakit akan dilatih untuk membengkokkan lutut secara berperingkat-peringkat menggunakan senaman yang sesuai dan peralatan seperti pergerakan pasif berterusan (continuos passive motion/CPM).
* Rehabilitasi bertumpu
Fasa ini melibatkan latihan lutut untuk berada dalam kedudukan lurus, mengawal bengkak lutut, meningkatkan kedudukan lutut semasa membengkok kepada 130 darjah, meningkatkan kekuatan kuadriseps kepada 65 peratus kekuatan otot paha sebelah yang normal dan memulakan aktiviti sukan yang spesifik.
Pelbagai kaedah senaman dan peralatan akan diajar dan digunakan oleh ahli fisioterapi bagi mencapai matlamat di atas.
Kedua-dua fasa di atas adalah penting untuk mengelakkan otot paha daripada mengecut dan mendapatkan kembali pergerakan lutut untuk membengkok.
Pesakit perlu memberikan kerjasama yang baik dan mempunyai keazaman yang kuat untuk kembali aktif.
Sesi fisioterapi adalah penting supaya sebarang masalah dapat dikenal pasti oleh doktor dengan awal dan fisioterapi boleh menggunakan kaedah peralatan dan senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.
Pesakit akan dibimbing oleh fisioterapi supaya melakukan senaman dengan teknik yang betul dan sesuai.
Selepas rawatan fisioterapi di hospital, pesakit juga perlu melakukan senaman di rumah mengikut kaedah dan bilangan ulangan senaman yang diajar.
Jika teknik yang betul dan bilangan yang diarahkan dibuat oleh pesakit, peralatan seperti perangsang otot-otot elektronik tidak diperlukan untuk menguatkan otot.
Pesakit perlu berbincang dengan doktor jika masih sukar untuk membengkokkan atau meluruskan lutut walaupun telah menjalani program rehabilitasi yang lengkap.
* Aktiviti spesifik sukan
Ini melibatkan senaman meluruskan dan membengkokkan lutut secara penuh, meningkatkan kekuatan kuadriseps sehingga 85 peratus kekuatan otot paha yang normal dan aktiviti asal sukan yang diceburi pesakit.
Sebagai contoh, bagi pemain bola sepak, senaman yang diberikan adalah seperti berjoging pada garisan lurus, berjoging dalam pergerakan huruf lapan dan berbasikal.
Bagi senaman yang digunakan setiap fasa, pembaca dinasihat mendapatkan nasihat daripada doktor pakar ortopedik dan fisioterapi mengenai kaedah senaman.Kesimpulan
Rekonstruksi ACL adalah kaedah pembedahan yang paling berjaya untuk memulihkan lutut yang tidak stabil disebabkan oleh kecederaan ACL.
Kejayaan dalam mendapatkan kembali kekuatan asal lutut dan kembali aktif bersukan memerlukan program rehabilitasi yang intensif.
Kerjasama pesakit dalam melakukan senaman semasa rehabilitasi adalah penting untuk mendapatkan kembali kekuatan dan pergerakan penuh lutut.
lepas call ammar td, terus googled pasal "Kecederaan Lutut". sy copy article nih from web kementerian kesihatan mlysia. saya harap keadaan lutut suami saya xdelah seteruk seperti article sy baca diatas.. ammar baru balik jupe dokter.. lutut die xleh lurus sejak semalam.. katenye injured mase men bola.. dah tau lutut tuh sakit degil gak nak main.. huhu.. skrng kan dah susah.. ms kat nihon arituh selalu gak die komplen lutut rase cam nk tercabut (seriauuuuu ah!!).. pastu slalu cramp kalu men bola.. tp cam kelakar bile lutut cam nk tekehel buleh lak betulkan sendiri.. huhu.. sekarang saya sgt susah hati.. tp ammar kate xsakit cume xselesa sbb xleh luruskan kakinye.. huwaaa~ susahnya hatinya sayaa.. dokter td bg guard? ngan pain killer jek.. kene g x-ray sume bile balik bintulu smula next week.. huhu.. lambatnye..xkan nak tunggu balik bintulu dulu baru g jupe dokter lg..huhu..daijoubu kai dear? T_T ade sape2 pakar orthopedic kat sini?
ps* another great deal from MAS.. kaecchhhauuuka?? hmm..
3 comments:
hei ah.
Amaru kne ACL ke? dlu Iza penah operate sbb ACL neh.die kne mase maen badminton.lame gaks aa die cuti xkeje.pastu da ok aa..cam cpat recover.siap kne bertongkat2 dlu..hehe..tapi sampai skang die lom leh men ektif2 laie aa..sbb nnt die sengal2 kaki..insyaallah xcritical incik amar tuh..byk berdoa k..=)
wes err.. tq for the infoss.. ammar xkompem lg acl ke x..sbb xgi follow up ngan pakar lg.. die kan tgh kursus skrng.. balik bintulu nnt baru nk gi xray etc.. nauzubillah la kan.. tp kalu buleh cuti buleh dtg teman aku dok sini .. ye dak =P nwaY, kem salam Iza ko =)
kak ah..saya buat kenkyu utk carik material baru ganti utk artificial ligament ACL.
=)
hopefully ammar x koyak ACL.
Post a Comment