Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label hubby. Show all posts

Friday, October 9, 2009

pray for him

Apa itu ACL?

Lutut merupakan sendi penghubung di antara tulang paha (femur) dan tulang betis (tibia). Ligamen adalah struktur pada lutut yang memegang tulang femur dan tibia dan menolong mengawal pergerakan sendi.

Terdapat dua ligamen yang berada di tengah lutut iaitu anterior cruciate ligament (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL).
ACL adalah salah satu ligamen terpenting pada lutut. Ia berfungsi untuk mengawal sejauh mana tulang tibia bergerak ke hadapan, relatif kepada tulang femur.

Jadi, ACL adalah penting bagi mengelak pergerakan yang terlalu ke hadapan yang boleh menyebabkan kecederaan pada struktur lain dalam lutut.

Lazimnya, kecederaan ACL berpunca dari pergerakan memusingkan badan secara tiba-tiba dan perlanggaran fizikal.

Ia selalunya berlaku pada sukan-sukan seperti bola sepak, futsal, badminton, sepak takraw, ragbi, bola keranjang dan bola jaring.

Selain aktiviti bersukan, kecederaan di tempat kerja dan kemalangan jalan raya juga boleh mengakibatkan kecederaan ACL.

Siapakah yang memerlukan pembedahan ACL?

Biasanya, keputusan untuk menggantikan ACL dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor berikut:

* Umur dan tahap aktiviti fizikalnya
* Kecederaan lain pada lutut yang sama dan bersangkutan dengan ACL seperti meniskus terkoyak atau rawan yang tercedera.
* Tindak balas pemulihan pesakit
* Tahap ketidakstabilan dan simptom yang dialami pesakit seperti kesakitan, lutut kerap membengkak.

Oleh itu, keputusan perlu dibuat bersama oleh pesakit dan pakar ortopedik secara individu berdasarkan kepada keperluan pesakit dan cara hidup beliau.

Apa itu rekonstruksi ACL?

ACL yang koyak tidak boleh sembuh dengan sendiri atau dijahit semula. Ia perlu digantikan dengan tisu lain pesakit yang boleh mengambil alih fungsi ACL yang asal.

Tujuan pembedahan di atas adalah supaya tisu yang menggantikan ACL tumbuh pada kedudukan yang sama dengan ACL yang lama dan dengan itu dapat berfungsi sebagaimana biasa.

Matlamat selepas pembedahan, pesakit akan mendapat lutut yang kuat dan stabil serta berupaya membengkokkan lutut secara penuh.

Kebanyakan atlet profesional telah menjalani pembedahan tersebut dan berjaya kembali aktif meneruskan aktiviti sukan masing-masing seperti biasa.

Terdapat beberapa rekonstruksi ACL menggunakan pelbagai jenis tisu (graf) untuk menggantikan ACL.

* Bone-patella tendon- bone (BTB)

Tisu yang menggunakan tulang tempurung lutut dan lekatan tendon adalah graf yang paling lazim digunakan. Ia digunakan dalam rekonstruksi ACL single bundle dan memberikan keputusan yang baik dalam majoriti pesakit.

Pesakit boleh kembali bersukan sepenuhnya selepas lima hingga enam bulan jika pesakit telah tamat menjalani program rehabilitasi/pemulihan.

* Tendon hamstring

Ini merupakan satu lagi jenis graf yang biasa digunakan dalam rekonstruksi ACL. Tendon hamstring terletak pada sebelah dalam lutut medial/tengah dan digunakan dalam rekonstruksi ACL single atau double bundle.

Kaedah menggunakan graf ini juga kerap digunakan oleh pakar bedah ortopedik.

Rehabilitasi perioperatif rekonstruksi ACL

Pesakit perlu memahami bahawa dalam pemulihan kecederaan lutut, pesakit memerlukan bukan sahaja pembedahan yang berjaya malah program rehabilitasi juga adalah penting dalam memberikan keputusan yang baik.

Dalam program rehabilitasi, interaksi pesakit, doktor dan ahli fisioterapi adalah penting untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

Program rehabilitasi yang dijelaskan di bawah adalah yang dilakukan bagi kecederaan ACL, melibatkan empat fasa.

Program rehabilitasi mungkin berbeza di hospital-hospital lain dan turut bergantung kepada teknik pembedahan yang digunakan oleh doktor merawat.

Kerjasama pesakit dalam menjalani rawatan intensif fisioterapi semasa rehabilitasi adalah penting dan ini akan mempengaruhi pemulihan pesakit.

Sebelum pembedahan rekonstruksi ACL, selalunya doktor pakar yang merawat akan mengenal pasti tahap kerjasama yang ditunjukkan oleh pesakit dalam menjalani rehabilitasi awal.

Pesakit yang menunjukkan komitmen yang tinggi semasa program rehabilitasi akan dipilih untuk menjalani pembedahan.

Ini adalah kerana kejayaan pembedahan ini untuk memulihkan kembali lutut yang tercedera bukan hanya bergantung kepada teknik pembedahan malah turut bergantung kepada komitmen pesakit semasa menjalani rehabilitasi selepas pembedahan.

Empat fasa rehabilitasi rekonstruksi ACL

Kaedah pembedahan rekonstruksi ACL, BTB teknik single bundle atau hamstring teknik double bundle digunakan untuk merawat pesakit.

Program yang dijelaskan di bawah adalah untuk pesakit yang menjalani kaedah pembedahan seperti di atas.

* Sebelum pembedahan

Program rehabilitasi bertujuan untuk mengurangkan bengkak, mendapatkan pergerakan penuh sendi lutut dan menguatkan otot yang berada di sekitar sendi lutut terutama otot paha (kuadriseps).

Bagi pesakit yang mengalami kecederaan ACL kali pertama, pembedahan rekonstruksi ACL hanya akan dilakukan selepas enam minggu untuk mengelakkan lutut daripada mengalami artrofibrosis (lutut mengeras dan tidak dapat membengkok) jika dilakukan terlalu awal.

* Minggu pertama selepas pembedahan

Program bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak lutut selepas pembedahan disebabkan oleh pendarahan. Pesakit akan dilatih untuk meluruskan lutut dengan senaman yang sesuai.

Senaman seperti mengangkat kaki secara lurus dan kuadriseps statik adalah penting dimulakan awal supaya lutut tidak akan mengeras dalam keadaan bengkok.

Senaman tersebut juga membantu merangsangkan kuadriseps untuk menjadi kuat dan mengembalikan saiz dan kekuatan asal otot tersebut.

Dalam fasa ini juga pesakit akan dilatih untuk membengkokkan lutut secara berperingkat-peringkat menggunakan senaman yang sesuai dan peralatan seperti pergerakan pasif berterusan (continuos passive motion/CPM).

* Rehabilitasi bertumpu

Fasa ini melibatkan latihan lutut untuk berada dalam kedudukan lurus, mengawal bengkak lutut, meningkatkan kedudukan lutut semasa membengkok kepada 130 darjah, meningkatkan kekuatan kuadriseps kepada 65 peratus kekuatan otot paha sebelah yang normal dan memulakan aktiviti sukan yang spesifik.

Pelbagai kaedah senaman dan peralatan akan diajar dan digunakan oleh ahli fisioterapi bagi mencapai matlamat di atas.

Kedua-dua fasa di atas adalah penting untuk mengelakkan otot paha daripada mengecut dan mendapatkan kembali pergerakan lutut untuk membengkok.

Pesakit perlu memberikan kerjasama yang baik dan mempunyai keazaman yang kuat untuk kembali aktif.

Sesi fisioterapi adalah penting supaya sebarang masalah dapat dikenal pasti oleh doktor dengan awal dan fisioterapi boleh menggunakan kaedah peralatan dan senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.

Pesakit akan dibimbing oleh fisioterapi supaya melakukan senaman dengan teknik yang betul dan sesuai.

Selepas rawatan fisioterapi di hospital, pesakit juga perlu melakukan senaman di rumah mengikut kaedah dan bilangan ulangan senaman yang diajar.

Jika teknik yang betul dan bilangan yang diarahkan dibuat oleh pesakit, peralatan seperti perangsang otot-otot elektronik tidak diperlukan untuk menguatkan otot.

Pesakit perlu berbincang dengan doktor jika masih sukar untuk membengkokkan atau meluruskan lutut walaupun telah menjalani program rehabilitasi yang lengkap.

* Aktiviti spesifik sukan

Ini melibatkan senaman meluruskan dan membengkokkan lutut secara penuh, meningkatkan kekuatan kuadriseps sehingga 85 peratus kekuatan otot paha yang normal dan aktiviti asal sukan yang diceburi pesakit.

Sebagai contoh, bagi pemain bola sepak, senaman yang diberikan adalah seperti berjoging pada garisan lurus, berjoging dalam pergerakan huruf lapan dan berbasikal.

Bagi senaman yang digunakan setiap fasa, pembaca dinasihat mendapatkan nasihat daripada doktor pakar ortopedik dan fisioterapi mengenai kaedah senaman.

Kesimpulan

Rekonstruksi ACL adalah kaedah pembedahan yang paling berjaya untuk memulihkan lutut yang tidak stabil disebabkan oleh kecederaan ACL.

Kejayaan dalam mendapatkan kembali kekuatan asal lutut dan kembali aktif bersukan memerlukan program rehabilitasi yang intensif.

Kerjasama pesakit dalam melakukan senaman semasa rehabilitasi adalah penting untuk mendapatkan kembali kekuatan dan pergerakan penuh lutut.

lepas call ammar td, terus googled pasal "Kecederaan Lutut". sy copy article nih from web kementerian kesihatan mlysia. saya harap keadaan lutut suami saya xdelah seteruk seperti article sy baca diatas.. ammar baru balik jupe dokter.. lutut die xleh lurus sejak semalam.. katenye injured mase men bola.. dah tau lutut tuh sakit degil gak nak main.. huhu.. skrng kan dah susah.. ms kat nihon arituh selalu gak die komplen lutut rase cam nk tercabut (seriauuuuu ah!!).. pastu slalu cramp kalu men bola.. tp cam kelakar bile lutut cam nk tekehel buleh lak betulkan sendiri.. huhu.. sekarang saya sgt susah hati.. tp ammar kate xsakit cume xselesa sbb xleh luruskan kakinye.. huwaaa~ susahnya hatinya sayaa.. dokter td bg guard? ngan pain killer jek.. kene g x-ray sume bile balik bintulu smula next week.. huhu.. lambatnye..xkan nak tunggu balik bintulu dulu baru g jupe dokter lg..huhu..daijoubu kai dear? T_T ade sape2 pakar orthopedic kat sini?

ps* another great deal from MAS.. kaecchhhauuuka?? hmm..

Tuesday, June 16, 2009

iyo iyo~

entry ini dibawa khas oleh saya utk sarah..(sbb kesian =P)

gambar dibwh menunjukkan white-board kecik dirumahku.. hari ini sy akan bertolak ke fukuoka utk menghadiri kokusai gakkai (international conference) isec09 yg melayakkan sy utk grad dgn jayanya pd march ini.. xhavoc mane pon gakkai kali nih sbb poster presentation jek pon.. preparation dah 90% tinggal nk `goreng` jek esok hari.. hihi.. akan pergi dgn sensei kesaayangan ku pd mlm ni dan pulang pd mlm esok.. sensei xkasik chance lansung aku nk meronggeng sat kt fukuoka..huhu.. nk gak suh blk mlm esok supaya khamis dpt dtg lab lg.. dan jumaat jd TA lagi.. huaaa!!!~ xbest nye .. ni pon nk gi jadi TA lg padahal flight pukul730mlm nih..nasib baik sensei bg balik awal ..pukul3 karang la tp..huhu.. kalu balik kul430 mana nak sempat nk berhonggah ( pinjam kata dasar dr kak een =P ) ke haneda epot lg..huhu

ok sarah.. nnt aku balik esok kite bergossip ya!! haha~ aku xsbr nk abeskan conference nih =P
sore jya.. mata ne!

sedikit ucapan dr suami tercinta...
tp disini saya nk highlight-kan puasa ganti ku tuh..keke~ baru 3hari langsainye..
minggu depan start balik la ganti pusa~

Tuesday, April 21, 2009

saya suka makan

suami ku amat gemarkan segala makanan yang berasaskan tuna.. apa2 saja mknn x kira western, italian, tradisional, japanese, siamese, thailanese?? tipu la thai tuh ..huk huk =P kadang2 agak tertekan mempunyai suami yg menggemarkan mknn berasaskan tuna. ape sebab?? suke hati die lah , bukan perut kamu bukan? yelah.. tp yg menengokknye makan adelah saye.. haha.. ape punye bini la nih xsuke mknn kegemaran suami.. antara menu2 feberet suami

1. トマトツナスパゲッティ ( tuna tomato sos spaghetti)
2. ツナとコーンピッザ (pizza with tuna & corn topping)
3. ツナマヨ巻き寿司 ( tuna & mayonnaise sushi)
4. roti tuna yg selalu dibeli di kedai roti depan eki
5. tuna bun yg saya buat pakai breadmaker tuh.. (dah pakai 3kali slps 2buln bli..xmembazir kan?? hak hak)
6. tuna...
7. senaraikanlah ape2 jenis mknn berasaskan tuna pasti laki i suke..hihi..

tp yg plg tertekan bile kami ingin order pizza bile sy mls msk dirumah =P..sy mahu seafood dan suami pula mahu pizza tuna+corn kegemaran beliau.. nasib baek kt sini leh order half-half...hihi.. xlarat nk bli sebijik yg besar gedabak dan mahal tuh.. teringin mkn pizza la plak mlm2 nih..esok wat la..kalau rajin la =P

tapi..selain dr tuna ini.. sy tiada masalah lansung dgn mknn kegemaran suami yang lain..hihi.. yg plg terkini ialah taufu-fah...very delicious okeh!! ms balik klate harituh, tiap2 hari pi pasar bli taufu-fah nih.. skali bli 5-6 bekas?? adek2 ku pon gemarkannye.. mkn taufu-fah bykk2 ptt la pipi ku pon dah gebu cam tofuu nih..haha.. ms bloghopping harituh, terjumpe cr2 wat taufu-fah ni..apelagi pi costco terus bli tofu plg mahal utk mendapatkan rs tofu sejati..hak hak. .. xsusah pon balik umah, masak air gule ngan black tapioca utk dptkan kaler yg itam mcm taufu-fah kt pasar mlm tuh =) hasilnye... yummyliciouse!!~ i likee...

taufu-fah kegemaran kami

ps.. soro2 diet ni shiooo~ kana T_Y

Friday, April 10, 2009

Happy Birthday !!

happy birthday to darling husband♥

-truly, deeply, luvly?? -
darling wifey..hik hik

Friday, November 21, 2008

dah kurang serabutnye~

putih bersih jekK~

putih better kot dr pepel color..sbb kalu pepel nmpk sedikt pudar..kalu putih mcm suci jek..
haaha..

kek pisang sedap

semalam buat kek pisang...nk abiskan stok3 pisang yg da seminggu bli tp xtersentuh pon...juga yogurt2 dlm peti ais tuhh...maklum la esok nk gi jenjalan2 lagi...hihi...
repi nye dr chef terkenal cik mat gebu tu lah..sape lagi =)

nk gi hiroshima + kyoto..jln2 lihat daun2 merah lg..mesti seronok...hihi..

ps* cik puan siti dah berjaya naikkan berat badan hubbynyee!! yatta!!!~8months wedding for 4kGs..iii nn jyanei?? =P tp yg agak yabai ( teruk!!) nye..berat saya pon turut naik berkadar terus ngan berat hubby!! yabakunaiii?? T_T