Sunnatullah ; hati= al-Qalbu♥ sesuatu yang berbolak-balik. Sesuai dengan sifat hati yang selalu berubah-ubah, kadang-kadang ia tenang, yakin, percaya akan Allah, dan kadang-kadang ia terbalik, gelisah, kecewa, tidak nyaman..
Pasti ada dalam satu ketika kita diberi pilihan berbeza dan kite nampak sama saja. Atau tiba benda yang dibenci, sedangkan ia baik untuk kita, dan yang kita sukai tidak baik utk kita. dan bila kita tanya pada hati, ianya membisu. Maka saat itulah, mohonlah pada Allah agar diberi petunjuk pada hati yang selalu berbolak balik ini.
Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya /engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui baha perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku.
amin.ya rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment