Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, January 13, 2010

Buat Sang Suami

“Sabarlah emak, Ina nak ke Shah Alam bekerja kilang ini

sebab emak.

Nak tolong emak. Dah lama emak susah” Ina teresak-esak menahan rasa.

Memeluk emak yang kesedihan mahu melepaskan anak.

Suasana di perhentian bas di tepi jalan berhampiran Sekinchan

itu sungguh hiba dan pilu.

Drama ibu dan anak.

Setibanya Ina di rumah sewanya di Shah Alam, hampir 30 kali

sehari beliau menghantar sms kepada emak di kampung.

“Mak, Ina dah makan. Mak dah makan?”

“Mak, tadi Ina beli sikat baru!”

“Mak, Ina nak tidur ni.”

Demikianlah pada minggu pertama.

Bulan kedua begitu juga.

Bulan ketiga, Ina bertemu dengan Udin.

Daripada 30 sms sehari, Ina menghantar 30 hari sekali satu sms!

“Maaf mak, Ina sibuk kerja banyak shif,” kata Ina.

Sibuk dengan Udin, si buayafriend yang cinta dua bulan mereka

berjaya memadamkan cinta dua puluh tahun emak Ina di kampung.

KISAH SUAMI

“I kerja untuk you sayang!” kata suami sambil membawa pulang

hadiah cincin belah rotan buat isterinya.

Semasa itu gajinya RM800 sebulan.

“I kerja untuk you sayang!” ulang suami sambil membawa pulang

cincin solitare buat isteri yang dikasihi.

Gaji sudah meningkat RM4000 sebulan.

“I rasa nak buka cawangan barulah sayang!” kata suami membawa

pulang ‘payung emas’ berupa surat izin untuk ditandatangani sang isteri.

Gaji ketika itu sudah RM10,000 sebulan.

Bukanlah poligami itu isunya.

Tetapi mengapa semasa bergaji RM800 sebulan, kerjanya untuk isteri, tetapi apabila gaji mencecah RM10,000, sudah bercadang mahu membuka cawangan?

BUKAN FIKSYEN

Kisah di atas bukan berdasarkan kejadian sebenar,

tetapi banyak benarnya.

Tujuan awal lain, hala dituju kemudian lain pula.

Sesuai benar dengan pepatah Melayu yang menyebut,

“lagi tinggi pokok yang dipanjat, lagi kuat angin yang menggoncang.”

Semua itu adalah terjemahan kepada kesan niat dalam perbuatan.

Bekerja kerana emak itu adalah bekerja atas satu tujuan

yang berada di luar kita. Semakin jauh dan lama tujuan luar itu ditinggalkan,

semakin pudar kesannya pada niat kita bekerja.

Bekerja kerana isteri itu adalah bekerja atas satu tujuan yang berada di luar kita.

Semakin jauh dan lama tujuan luar itu ditinggalkan, bersaing pula dengan

anasir luar yang semakin banyak di kejauhan perjalanan hidup,

Bekerja kerana emak dan bekerja kerana isteri itu susah.

Lebih susah kalau bekerja kerana slogan-slogan retorik,

“demi agama, bangsa dan negara!”

KUASA NIAT

Itulah besarnya maksud pada pesanan Rasulullah sallallaahu

‘alayhi wa sallam tentang NIAT:

“Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat”

Niat bukan hanya soal menentukan dosa dan pahala di Akhirat.

Niat itu titik mula sebuah amal. Silap sedikit di titik mula,

silap besar dan bertambah besar dengan pertambahan jarak dan masa.

Seperti sebuah pesawat yang sepatutnya terbang ke Jeddah,

bisa sahaja di akhir perjalanan mendarat di Tel Aviv. Segalanya

berpunca daripada tersasar beberapa darjah di permulaan kembara.

Sikit-sikit lama-lama jadi penyakit. Kesilapan awal yang tidak diperbetulkan.

Allah mencipta manusia sebagai makhluk percaya. Dia akan bertindak

mengikut apa yang dia percaya. Kepercayaan itu pula letaknya di dalam jiwa.

Percaya di dalam, amal dan kerja di luar. Kerja luar adalah terjemahan kerja dalam.

Betulkan dalam, eloklah luar. Justeru betulkan hati, tempat letak percaya diri.

Manusia adalah makhluk inside-out.

Tetapi manusia suka berniat dengan outside-in.

Kerana isteri, isteri tetap sengsara. Kerana bonda, bonda terus derita.

Sebab itu, hanya satu sahaja yang sejahtera diangkat menjadi percaya.

Bekerja kerana Allah.

Bekerja, niatnya biarlah kerana DIA, kerana Allah.

Kerana Allah, kita tidak lupa menjaga kebajikan bonda.

Kerana Allah, kita sentiasa ingat keperluan isteri dan keluarga.

HIKMAH BISMILLAH

Bekerja kerana Allah itu sentiasa menjadi tujuan yang mengawal dir

i di sepanjang perjalanan mendaki kerjaya. Tidak keliru antara tujuan

dan keperluan. Malah menjadikan tujuan, sebagai motivasi untuk

memperbaiki keperluan.

Justeru kita diajar agar memulakan setiap satu perbuatan

dengan membaca Bismillah.

“Setiap perkara penting yang tidak dimulakan padanya dengan

Bismillah, maka perkara itu terputus” [Hadith riwayat Abu Daud, al-Nasaa'ie,

Ibn Majah dan Ibn Hibban di dalam Sahihnya daripada Abu Hurairah]

Terputus daripada tujuan asal yang baik.

Terputus daripada Allah.

Seperti layang-layang terputus tali yang jatuhnya entah ke mana.

Itulah hikmah memulakan setiap pekerjaan dengan Bismillah.

Agar setiap kerja, kita kerjakan dengan sedar apakah tujuannya.

Bekerja kerana Allah, kerana Dia!

Bekal titik mula kita bersama…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Friday, January 8, 2010

I think I

lagu dari cite full house.. saya dah pegi Full House kat korea tuh!.. tibe2 kan.. hehe

Daisypath Anniversary tickers

and im planning for our 2nd anniversary trip!! yahuuu~~ mungkin lepas settle down semua.. dah kat mesia kot maybe .. jom Le Tour de Malaya la plak!!

ke Le tour d Bintulu jek! hu huk~

*typo lak kat ticker kat atas.. should be 2nd not th =P

Monday, January 4, 2010

Flying on a Jetplane

Hubby dah otw balik Bintulu dah.. NRT-KL-LCCT-BIN. have a safe journey dear.

and me..
.
.
.
.
.

Kembali Ke Sekolah beb!!
(sekarang musim kembali ke sekolah eh? mesia pon same kan.. hihi)

Good Luck Peeps!!
あともうちょっとがんばりなきゃ〜〜

* Have faith in Allah. Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil..

Tuesday, December 29, 2009

100th entry

Entry ke-100 utk tahun 2009.. hihi.. tahniah! pachi.pachi* tepuk tangan sikit utk diri sendiri.. kui kui~ mungkin nih posting terakhir la kot utk tahun nih.. kita jumpa di tahun depan ye.. azam tahun baru.. recycle azam tahun2 lepas la kot.. hihi..

Last week, berjaya gi Onsen RYouko di Shizuoka.. tahniah jugak! onsen ryokou : hotspring Holiday la kots.. hihi.. i like~ thanks cyg bawak gi jenjalan melihat alam.. seronok nek train sebab xkan ade jalan jam.. pastu berjaya smpai ke tempat yg ingin dituju dalam masa yang diingini.. (tteiuka, xdek kete pon nak doraibu kat japang nih.. haha) masuk kampong tah ape2 kat kepulauan Izu nuh.. best gak.. sangat kekampungan.. dan sgt romancikus ♥

so, kepada semua pasangan yg sedang ingin bercinta.. pergilah onsen ryokou bersama pasangan anda! tapi awas☝pastikan anda dah kawen ye.. buleh gak gi ngan member2 tp xberapa romancikus la kots.. hihih..

sebagai kenang-kenangan utk diri sendiri.. saya persembahkan bideo dibawah utk tatapan diri sendiri jugak... keh keh keh~

Wednesday, December 23, 2009

winter break~

i like =) will be off from school from Dec23 ~ Jan 3, 2010.

cuti kali nih bermula dgn baik sekali.. dimulakan dengan bismilillah pastu terus memecut ke IKEA cawangan terdekat bersama bff ( bff la sangat.. hahaa!!) plan nak gi lepak hachioji jek ngan puan nad & co. tapi tepaksa cancel sebab semalam dah mimpi2 shopping kat ikea. hihi.
so kul9 lg bersiap2 utk g memandangkan jaraknya sejam setengah dr rumah. nk elak jam sbb arinih kan cuti sempena hari jadi maharaja japan yg ke 76! happy bday emperor!!

smpai kul11 lebeh lunch dulu. too bad xleh makan meatball kt ikea. harrem okeh! Emmet Prius balik nnt belanja i meatball kt ikea okeh!! tp lunch mmg marbeles.. i like~ lpas kenyang perut suka hati, weols round2 smpai 3jam so kul4 pulang ke pangkal jalan. gebang jek lebeh nk shopping.. last2 bli 2 barang berjumlah ¥seribu sahaja.. hihi.. jamu mate jek. yg sorg lg beli byk la jugak tp xsehebat yg digambarkan semlm.. haha~

disebabkan tekak saya nih dah lame dok gian nk minum kopi ( sejak wiken arituh lg. dah janji ngan kak een nk minum kopi pas g minami! tp xkesampaian sbb anep blanje kt cappucioza nantoka nantoka.. makaseyy!!) kami drive-truuu jek kopi.. kakak jg kaunter tuh tny nk pi sambut krismes ke..hihi.. kami xlayan la kakak krismes2 nih =P

skang dah smpai umah.. kurang sejam yg lepas.. permulaan cuti yg bagus kan.. i like~~
so sekarang, saya menunggu kehadiran suami terchenta ke bumi sakura.. xsabar nk g jamu mata kt year-end-sale di sekitar tokyo!! yeeehu~ (lompat gembira sikit2 sebab thesis xsiap lagi =P)

良いお年を、みんな!!